Microsoft Excel

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2020 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Excel kepada para pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pendedahan Microsoft Excel kepada para peserta. Peserta diajar untuk memasukkan data ke dalam Microsoft Excel. Selain belajar asas Microsoft Excel, para peserta turut dapat memahirkan tangan mereka untuk menaip menggunakan papan kekunci. Kelas ini sebagai latihan menaip buat mereka.

Antara asas-asas Microsoft Excel yang diajar adalah meletakkan border, menukar alignment tulisan, menukar tulisan, meletak highlight warna pada tulisan, auto-numbering, merge and center, umerge cell, dan menggunakan formula sum dan countif. Para peserta turut diajar untuk menganalisis data dan mengeluarkan carta palang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali